Tajuddin liabiliti sebenar UMNO - Nur Jazlan

Tajuddin liabiliti sebenar UMNO – Nur Jazlan

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuktikan dirinya sebagai liabiliti kepada UMNO dan bukannya Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dakwaan Tajuddin bahawa terdapat 130 Ketua Bahagian UMNO yang tidak menyokong Ahmad Zahid  tidak dapat dibuktikan kerana tiada usul daripada mana-mana bahagian di seluruh negara yang mahu President UMNO itu berundur.

“Malah, UMNO di bawah Ahmad Zahid berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), malah turut mengadakan mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) tanpa sebarang usul sedemikian.

“Oleh itu, pengkritik Ahmad Zahid diingatkan agar menghormati keputusan yang telah dibuat di dalam AGM dan EGM kerana ia datang daripada ahli akar umbi parti sendiri,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Nur Jazlan secara sinis turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Tajuddin dalam karier baharunya sebagai Duta Malaysia ke Indonesia.

“Saya berharap dan berdoa agar hubungan Malaysia dan Indonesia akan terus baik berikutan pelantikan beliau sebagai duta di sana,” ujarnya.

Semalam, Tajuddin dalam sidang akhbar memberitahu terdapat gerakan diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Najib Razak untuk menekan Ahmad Zahid agar meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

Tajuddin berkata, komplot itu adalah untuk mengumpul tandatangan daripada Ketua Bahagian untuk mendesak peletakan jawatan Ahmad Zahid dengan mendakwa perkara itu mendapat sokongan  130 Ketua Bahagian UMNO.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya