Semua PKRC di Kelantan ditutup - Utusan Malaysia

Semua PKRC di Kelantan ditutup

DR.ZAINI Hussin (kanan) beramah mesra dengan barisan hadapan yang terdiri dari doktor yang bertugas di PKRC, pada Majlis Makan Malam di Kota Bharu, semalam.- UTUSAN/ ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menutup 21 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini bermula kelmarin selepas jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan mendadak.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, bilangan kes harian Covid-19 di Kelantan dikategorikan sebagai rendah sejak sebulan lalu apabila hanya 17 kes dilaporkan kelmarin dan 14 kes jangkitan semalam.

Menurutnya, meskipun 21 PKRC ditutup, tiga pusat kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, Hospital Pasir Mas dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh masih dibuka sebagai persediaan untuk menerima pesakit Covid-19.

“Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin di ketiga-tiga hospital berkenaan setakat ini. Hospital-hospital itu masih dibuka sebagai persediaan meskipun kita menjangkakan tidak akan ada peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, Zaini meraikan seramai 56 orang barisan hadapan terdiri daripada petugas kesihatan dan doktor bertugas sepanjang tempoh pandemik Covid-19 selama dua tahun yang hadir pada majlis makan malam  itu

Hadir sama, Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir.

Dalam perkembangan lain, menurut Zaini, jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan menunjukkan trend mendatar apabila 5,500 kes dilaporkan setakat ini.

Menurutnya,  bilangan kes harian pula masih melebihi 100 kes sehari dan JKNK akan terus menjalankan pemantauan di semua taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN