RapidKL perkenal laluan bas perantara baharu - Utusan Malaysia

RapidKL perkenal laluan bas perantara baharu

malaysia vs bahrain
Pengguna LRT ke program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 Disember ini di Bukit Jalil akan mendapat 25 peratus diskaun tambang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: RapidKL memperkenalkan dua laluan bas perantara baharu bermula hari ini iaitu pada pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam bagi menampung keperluan penumpang LRT bagi laluan Kelana Jaya. 

Dalam satu kenyataan hari ini, RapidKL berkata, laluan itu bagi menghubungkan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni (Pintu B) dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti. 

Jelas kenyataan itu, satu lagi laluan baharu iaitu stesen LRT KLCC (hentian bas KLCC) dan stesen LRT Wangsa Maju. 

“Perkhidmatan bas sokongan ini akan mengambil penumpang di LRT atau MRT yang dinyatakan dan tidak akan berhenti di stesen-stesen lain dan kekerapan bas adalah setiap 15 minit. 

“Pengenalan laluan bas ekspres ini membolehkan pengguna menikmati perjalanan pulang dengan masa menunggu singkat ketika waktu puncak petang. 

“Operasi laluan bas ini adalah dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja dengan tambang adalah percuma,” katanya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan tambang percuma kepada warga kota untuk perkhidmatan LRT, MRT, Transit Aliran Bas (BRT), Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) Lembang Klang, Monorel dan bas RapidKL selama sebulan membabitkan peruntukan RM155 juta bagi meringankan beban kesan kenaikan kos sara hidup.  –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.