Projek Hidroelektrik Nenggiri beri peluang kerja kepada Orang Asli, rakyat Kelantan - Utusan Malaysia

Projek Hidroelektrik Nenggiri beri peluang kerja kepada Orang Asli, rakyat Kelantan

MOHAMMAD Zamri Ibrahim memberi Taklimat Kepada Media Mengenai Projek Hidroelektrik Nenggiri Gua Musang di Hotel Perdana, Kota Bharu semalam. -UTUSAN/ROSLJZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek Hidroelektrik Nenggiri, Gua Musang akan memberi peluang pekerjaan kepada 2,000 orang melibatkan Orang Asli dan penduduk tempatan di negeri ini.

Pengurus Besar State Stakeholder Affairs (Kelantan/Terengganu), Mustapha Kamal Yaacob berkata, sesi temuduga sudah bermula 28 Mei lepas.

“Pengambilan pekerja itu bagi memberi peluang kepada Orang Asli dan rakyat negeri ini yang berkelayakan.

“Mereka yang berjaya akan bekerja iaitu ketika projek itu sedang berjalan dan apabila siap sepenuhnya nanti,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Taklimat Kepada Media Mengenai Projek Hidroelektrik Nenggiri Gua Musang di Hotel Perdana di sini hari ini.

Taklimat satu jam diberi penerangan oleh Pengarah Projek Hidroelektrik Nenggiri Mohammad Zamri Ibrahim.

Mengulas lanjut Mustapha Kamal berkata, projek berkenaan juga akan dipantau oleh pihak yang dilantik bagi memastikan ia berjalan lancar.

Projek Hidroelektrik Nenggiri, Gua Musang yang dijangka siap pada 2026 itu, akan membentuk Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer persegi dan Kolam Pengaturan Aliran seluas 0.97 kilometer persegi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN