PM jumpa Zuraida minggu depan - Utusan Malaysia

PM jumpa Zuraida minggu depan

ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Transit Aliran Masa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini, hari ini. -
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Zuraida Kamarudin berhubung soal kedudukan Ahli Parlimen Ampang itu dalam Kabinet minggu depan.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan itu mungkin berlangsung sebelum atau pada selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang lazimnya diadakan pada setiap Rabu.

Katanya, buat masa kini Zuraida masih Menteri Industri Perladangan dan Komoditi dan beliau telah pun menghadiri mesyuarat Kabinet diadakan semalam.

“Semalam, dia datang Kabinet (mesyuarat) seperti biasa, jawatan tidak gugur sehingga berhenti atau diberhentikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia dan mahu membincangkan kedudukan sebagai anggota Kabinet dengan Perdana Menteri.

Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri memaklumkan beliau akan bertemu dengan Presiden Bersatu itu selepas pertemuan bersama Zuraida.

“Saya jumpa Tan Sri Muhyiddin selepas jumpa Datuk Zuraida,” jelas beliau.

Sebelum ini, Muhyiddin memaklumkan beliau menunggu pertemuannya dengan Perdana Menteri untuk membincangkan kedudukan Zuraida dalam Kabinet.

Ahli Parlimen Pagoh itu berpandangan jawatan Menteri disandang Zuraida perlu diganti kerana beliau merupakan Menteri daripada Bersatu semasa memegang kedudukan berkenaan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.