PETALING JAYA : Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bukan sahaja lapuk dan ketinggalan zaman, malah, ia dilihat masih gagal menangani isu penagihan dadah di negara ini selama lebih 70 tahun. Dua peruntukan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Seksyen 15 (mengambil dadah) dan 39C (kesalahan berulang) yang membabitkan pertuduhan mengambil dadah masih dilihat berbentuk hukuman dan bukannya membawa keluar penagih daripada penagihan. Bercakap…










