Pimpinan muda beri keyakinan baharu

Pimpinan muda beri keyakinan baharu

ADAM ADLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan PKR yang menyaksikan orang muda menguasai kepemimpinan secara langsung memberi keyakinan baharu kepada rakyat terhadap parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Ketua Angkatan Muka Keadilan (AMK), Adam Adli menyifatkan perkembangan itu satu perkara positif sekali gus memberi nafas baharu kepada PKR yang sebelum ini dilanda banyak isu sekali gus menjejaskan sokongan rakyat dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Beliau yang memenangi jawatan Ketua AMK menegaskan, kini tiba masa parti dipersiapkan dengan strategik baharu untuk menghadapi PRU15 dan bertitik tolak daripada itu, semua harus bersatu-padu sebagai satu Keluarga PKR.

“Pemilihan Keadilan kali ini memperlihatkan semua tampuk kepimpinan bukan sahaja pusat tetapi peringkat cabang yang dibarisi muka-muka baharu dan ge­nerasi muda.

Ini sekali gus memberikan nafas baharu kepada parti yang selama ini lompong dengan pelbagai isu melanda PKR.

“Saya yakin ini langkah berani ahli-ahli PKR untuk memilih pemimpin untuk mengembalikan keyakinan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kalau ditanya apa strategik saya, jawapan­nya perkemaskan langkah hadapi PRU15,” katanya.

Aktivis itu mendahului jawatan Ketua AMK pada Pemilihan Keadilan 2020 berbanding pesaingnya, Ketua AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol.

Dalam pada itu, Adam menjelaskan, tidak timbul isu dan wujud kem tertentu kersana yang penting adalah semangat kerjasama sebagai satu Keluarga PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×