Persiapan PRU15 fokus Konvensyen BN

Persiapan PRU15 fokus Konvensyen BN

Zambry Abd. Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan membina kekuatan dan persefahaman dalam parti komponennya merupakan fokus utama pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, konvensyen sempena sambutan ulang tahun gabungan parti itu ke-48 akan diha­diri parti komponen yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS dan parti gabungan lain yang dikenali sebagai ‘Friends of BN’.

Beliau berkata, konvensyen sehari yang disertai kira-kira 4,000 pemimpin akar umbi itu menjadi kesempatan terbaik untuk BN merangka persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi PRU15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Konvensyen hari ini akan memberi fokus kepada kedudukan BN dan kita akan mendapatkan pandangan-pandangan daripada pakar-pakar, pemerhati dan pemikir bagaimana merangka kedudukan BN dalam cabaran politik hari ini.

“Ini selaras dengan persiapan BN untuk kembali dapat soko­ngan rakyat selain memperbaiki apa jua kelemahan dan kekurangan kita.

“Perhimpunan ini merupakan perkara penting buat BN sebagai persiapan untuk menghadapi PRU-15,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Zambry, konven­syen hari ini merupakan satu sejarah kerana BN belum pernah menghimpunkan parti gabu­ngannya dalam satu perhimpunan atau konvensyen.

Katanya, sempena sambutan ulang tahun gabungan parti BN ke-48, konvensyen itu merupakan satu pendekatan baharu dalam membina semula ikatan semasa parti komponen BN.

“Kita difahamkan sejak sekian lama BN tidak membina ikatan yang kuat, jadi konvensyen ini adalah mustahak untuk membina ikatan tersebut dan dalam usaha membuat persiapan awal PRU15.

“Justeru, kita mahu bawa semua anggota komponen BN untuk bersama-sama membina semula kekuatan dan persefahaman dalam usaha membuat persiapan khususnya dalam menghadapi PRU15.

“Ia kerana PRU15 jika ikut tempoh waktu sehingga Mei 2023 tetapi dalam tempoh itu bila-bila masa sahaja boleh diadakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×