Perak: 787 calon SPM 2021 cemerlang - Utusan Malaysia

Perak: 787 calon SPM 2021 cemerlang

RAHIMAH Mohamed (tengah) dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2021 bagi negeri Perak di Jabatan Pendidikan Negeri Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 787 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri ini memperoleh gred cemerlang iaitu A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Rahimah Mohamed berkata, daripada jumlah itu, seramai 17 calon SPM memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran.

Katanya, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini pula merekodkan nilai 4.96.

“Sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan mata pelajaran, 10, 11 dan 12 mata pelajaran.

“Pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengikut nilai PGN pada tahun lalu merekodkan jurang 0.6 dengan 4.95 bagi calon bandar manakala calon luar bandar pula mencatatkan nilai 5.01,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2021 bagi negeri Perak di Jabatan Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 33,144 calon SPM 2021 di seluruh Perak mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu bermula 2 sehingga 29 Mac lalu merangkumi 31,654 calon sekolah dan 1,491 lagi calon persendirian.

Katanya, pada peperiksaan itu, seramai 115 calon merupakan calon berkeperluan khas di mana dua daripada mereka cemerlang dengan masing-masing memperolehi A bagi 11 dan tujuh mata pelajaran.

“Calon SPM 2021 di negeri ini yang layak menerima sijil adalah 28,817 iaitu 85.71 peratus daripada keseluruhan calon yang mendaftar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.