Parti komponen ikrar setia bersama BN

Parti komponen ikrar setia bersama BN

KONVENSYEN Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional Ke-48 di WTC Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakan komponen UMNO dalam Barisan Nasional (BN) – MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berikrar untuk mempertahankan semangat setiakawan walaupun telah banyak parti lain meninggalkan gabungan tersebut sejak tumbangnya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya 2018.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, prinsip tersebut perlu dipelihara sampai bila-bila.

“Dari berbelas parti hanya tinggal kita. Kita merupakan parti teras yang memerdekakan negara suatu ketika dahulu dan meneruskan perjuangan bersama PBRS, susah senang kita tetap bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita keluarga barisan nasional teguh dengan setiakawan perlu terus bersama menangani isu sensitif, meneruskan amalan musyawarah. Inilah prinsip BN yang perlu dipelihara sampai bila bila,” katanya dalam Konvensyen Sambutan Ulang Tahun BN Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.

Wee Ka Siong menegaskan, MCA jauh berbeza daripada pembangkang yang membawa politik yang tidak membawa manfaat kepada negara.

Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran M. Sanasee berkata ‘detik hitam’ Mei 2018 mengubah BN menjadi parti berbeza 4 tahun lalu.

“Di sebalik perbezaan kita, kita mempunyai satu tujuan yang sama untuk masa depan tercinta. Setiap parti mahukan BN yang teguh untuk membentuk kerajaan negeri tanpa bantuan mana mana pihak.

Presiden PBRS, Datuk Joseph Kulup berkata, partinya mampu membawa peranan yang lebih besar dalam PRU akan datang

“Kami akan kekal bersama BN itulah taat setia kami, sehubungan itu PBRS mahukan peranan lebih besar, kami memang bersedia hadapi PRU akan datang khususnya kawasan parlimen dan berikan saingan hebat kepada pihak lawan,” katanya.

Jelasnya, PBRS cukup optimis bersama BN boleh mena­ngani perkara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×