Minggu Fesyen Kuala Lumpur: Hatta Dolmat fokus rekaan sisa plastik  - Utusan Malaysia

Minggu Fesyen Kuala Lumpur: Hatta Dolmat fokus rekaan sisa plastik 

HATTA Dolmat (tiga dari kanan) bersama para peserta Miss Universe Malaysia 2022 turut serta dalam Program Ocean's Us Sustainable Ecotourisme CSR Beach Cleanup di Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat atau Muhammad Hatta Dolmat, 40, akan menampilkan rekaan yang dihasilkan daripada sisa kitar semula plastik sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) yang diadakan Ogos depan.

Kata beliau, rekaan fabrik menggunakan sisa pepejal plastik bagi mengambil kira isu kelestarian alam sekitar semasa.

“Kitar semula yang dimaksudkan bukan menggunakan produk plastik itu secara tersendiri, namun, menggunakan plastik yang telah digunakan, diuraikan seperti bebenang menjadi material yang baharu. 

“Konsep kelestarian ini memfokuskan pengurangan sisa plastik dan matlamat ini untuk turut memberi kesedaran kepada pereka fesyen lain mahupun masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Program Ocean’s Us Sustainable Ecotourisme CSR Beach Cleanup di Hotel Lexis Hibiscus sini hari ini.

Hatta dalam pada itu menjelaskan, pihaknya akan memilih plastik berwarna putih yang akan diproses menjadi fabrik. 

“Pada tahun lalu, saya memberikan fokus kepada peringkat golongan muda kerana saya tahu sekiranya mahu memberi keseadaran, perlu melalui golongan muda terlebih dahulu. Pada tahun ini, saya fokus kepada dua generasi iaitu golongan korporat dewasa atasan dan golongan muda seperti baju untuk makan malam termasuk blazer untuk lelaki,” katanya lagi.

KLFW merupakan acara yang diadakan bagi meraikan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia dengan setiap pereka fesyen akan tampil dengan kelainan dalam rekaan fesyen mereka.

Sementara itu, beliau memberitahu, tahun ini merupakan kali kedua dirinya terlibat dengan Program Ocean’s Us Sustainable Ecotourisme CSR Beach Cleanup iaitu program kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ocean Hero Conservation.

“Saya berharap program seperti mendapat sambutan atau maklum balas baik sekali gus dapat menjaga kebersihan pantai di negara kita,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya