Mara tidak campur siasatan Mara Corp. - Utusan Malaysia

Mara tidak campur siasatan Mara Corp.

AZIZAH MOHD. DUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak pernah campur tangan dalam urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apatah lagi mahu menarik balik pendakwaan terhadap tiga pegawai kanan Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp.) yang disyaki terlibat dalam salah guna kuasa.

Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, seandainya ingin campur tangan, ia sepatutnya sudah berlaku ketika awal siasatan.

Katanya, Mara telah menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan selanjutnya.

“Siasatan terhadap tiga pegawai kanan anak syarikat Mara ini telah selesai dijalankan oleh SPRM dan saya difahamkan fail mereka dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Tidak timbul sebenarnya kes ini akan digugurkan. Mara tidak campur tangan selepas kes ini di bawah SPRM. Segalanya kini adalah di bawah AGC untuk membuat pendakwaan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Kompleks Hijau Solar di Bandar Hijau, Ayer Keroh di sini hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan, AGC bakal menggugurkan kes membabitkan tiga pegawai kanan Mara Corp. 

Namun, SPRM menyangkal dakwaan itu malah, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menyatakan tiada sebarang makluman daripada AGC berhubung kes itu.

Pada Februari lalu, SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan integriti dan salah guna kedudukan membabitkan lima pegawai kanan Mara. –UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN