Konvokesyen: PSP rai 1,027 graduan

Konvokesyen: PSP rai 1,027 graduan

MOHD. Noor Shahudin (dua dari kiri) dan Harith Fadzilah Abd. Khalid (kiri) bersama Muhammad Izzat Amri Ahmad (kanan) serta ibu bapanya pada Majlis Konvokesyen PSP di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Seramai 1,027 graduan daripada kohort pengajian sesi Disember 2020 diraikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai (PSP) ke-21 semalam.

Daripada jumlah itu, 237 merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik; 242 Kejuruteraan Mekanikal serta masing-masing 351 dan 151 daripada Jabatan Perdagangan serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Selebihnya seramai 46 lagi menerima Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik hasil kerjasama yang dijalin bersama syarikat industri tempatan.

Pada majlis sama, seorang graduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu Muhammad Izzat Amri Ahmad, 22, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengarah PSP dan Anugerah Kecemerlangan Akademik.

Anugerah lain yang turut disampaikan pada majlis itu ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum mengikut jabatan serta Anugerah Projek Terbaik (Penyelidikan & Inovasi) bagi kategori kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Hadir menyempurnakan penyampaian diploma dan anugerah itu ialah Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi, Mohd. Noor Shahudin.

Mohd. Noor dalam ucapannya berkata, ‘Graduan Berinovasi, Aspirasi Negara’ telah diangkat oleh PSP sebagai tema majlis konvokesyen pada tahun ini selaras dua inisiatif nasional yang baharu iaitu Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE).

Katanya, melalui inisiatif itu, peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) akan dilonjak lagi dalam pertumbuhan ekonomi bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi.

“Dasar baharu itu juga akan mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi luar dan buruh asing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PSP, Harith Fadzilah Abd. Khalid memberitahu, kadar kebolehpasaran graduan (GE) PSP 2022 ialah 96.84 peratus sekali gus menjadikan PSP antara institusi pengajian yang tertinggi dalam kalangan politeknik.

“Sebagai sebuah institusi berasaskan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional), selain memberi peluang pendidikan kepada lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan sijil kolej komuniti. PSP juga telah mengadakan projek rintis bersama industri iaitu Analog Devices Sdn. Bhd. dalam usaha membantu syarikat itu membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan dalam Kejuruteraan Mekatronik,” ujarnya.

Sehingga kini, PSP telah melahirkan sehingga 34,517 graduan dalam pelbagai bidang pengajian sepanjang lebih dua dekad penubuhannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya