JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga angkat sedang mengesan ibu atau waris seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
Bapa angkat kanak-kanak tersebut, Abdul Halim Samad berkata, Muhammad Rayqal dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 2019.
Muhammad Rayqal telah dijaga oleh keluarganya selepas dilahirkan oleh ibu kandungnya, Azlinda Azman.
Alamat terakhir Azlinda dipercayai di Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini.
“Saya berharap ibu kandung atau waris Rayqal dapat ditemui bagi memudahkan urusan berkaitan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan selanjutnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris kanak-kanak itu boleh menghubungi Abdul Halim menerusi talian 018-7946055. –UTUSAN ONLINE










