JPP perlu jelas pengesahan pengundi dalam talian

JPP perlu jelas pengesahan pengundi dalam talian

ABDULLAH SANI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pemilihan PKR menggunakan kaedah elektronik didakwa me­nimbulkan keraguan dan dikhuatiri keputusannya berubah menjelang Kongres Nasional nanti.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) perlu bertanggungjawab terhadap masalah ber­kenaan apabila pengesahan kehadiran pengundi untuk mengundi diragui.

“Inilah permasalahan yang menggerunkan bila dikira untuk menjumlahkan undi yang diperoleh. Sebagai contoh, bila hendak masuk ada logbook yang jumlahnya berapa dan berapa pengundi yang mengundi, setiap orang isi borang 14 untuk mengesahkan dan semua itu mesti dibuat dalam keadaan segera, kenapa tunggu sampai dua ming­gu dan disimpan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Angka yang dipaparkan pada laman web itu boleh berubah. Berbanding secara manual kita boleh dapat jawapan cepat, tetapi hendak simpan sampai dua ming­gu (Kongres Nasional), tidak mengesahkan kedatangan itu suatu yang mencungkil kesangsian,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kapar itu akur dengan kehendak pengundi yang disuarakan menerusi pemilihan itu apabila tidak memilih beliau untuk berada dalam barisan Naib Presiden bagi tahun 2022-2025.

Abdullah Sani tidak terpilih dalam saingan merebut jawatan tersebut apabila memperoleh 9,175 undi daripada kesemua 22 cabang di Se­langor dalam pengundian yang berlangsung pada 18 hingga 20 Mei lalu.

Menurutnya, meskipun kalah, PKR menunjukkan proses demokrasi yang berjalan dalam pemilihan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×