Jemaah umrah meninggal di KLIA: tiada kesan mencurigakan - Utusan Malaysia

Jemaah umrah meninggal di KLIA: tiada kesan mencurigakan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiada kesan mencurigakan.

Itu pengesahan polis berhubung kematian seorang jemaah wanita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman berkata, sebaliknya, kematian jemaah umrah itu yang baru pulang menunaikan ibadah umrah adalah disebabkan komplikasi darah tinggi.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan memaklumkan tentang kejadian pada pukul 1.10 petang melibatkan seorang wanita tempatan berusia 53 tahun.

“Pihak polis menerima panggilan memaklumkan tentang satu kematian di aerobridge Gate C12 untuk pesawat MH8021 dan pemeriksaan fizikal ke atas si mati tidak menemui sebarang kesan mencurigakan.

“Berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan, mangsa dikesan ada menghidap sakit darah tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum melaporkan seorang wanita jemaah umrah yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di KLIA.

Menurut laporan daripada seorang mutawif, wanita tersebut difahamkan telah rebah dan pengsan sejurus keluar dari pintu pesawat.

Mangsa juga telah dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Imran berkata, jenazah telah diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan jenazah dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan selanjutnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN