Hentikan mitos orang Melaka cakap kasar - Exco - Utusan Malaysia

Hentikan mitos orang Melaka cakap kasar – Exco

MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dakwaan kononnya orang Melaka suka bercakap kasar sama sekali tidak pernah wujud, tegas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Beliau berkata, oleh itu para peniaga diingatkan supaya menghormati dan memberikan layanan terbaik kepada pelancong yang datang bercuti ke negeri ini.

Katanya lagi, sambutan yang mesra perlu diberikan kepada sesiapa sahaja, meskipun tetamu yang datang itu tidak disukai.

“Saya berharap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan dan meminta maaf, jangan salahkan orang Melaka. Sebaliknya salahkan diri sendiri.

“Saya sudah nasihatkan dari dahulu lagi agar melayan tetamu dengan senyuman sejajar dengan polisi serve with a smile yang diperkenalkan pada 2018 lagi dan tetap tidak berubah.

“Justeru, mitos orang Melaka kasar harus dihentikan. Kekasaran itu datangnya daripada individu tertentu dan bukannya daripada suku atau rumpun bangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, tular insiden seorang wanita yang membawa ahli keluarganya dari Singapura untuk menjamu selera mendakwa, menerima layanan buruk daripada pemilik sebuah restoran yang beroperasi di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini.

Dalam rakaman tersebut, jelas kedengaran suara pemilik dan anaknya didakwa memarahi pelanggan berkenaan yang cuba menasihatkan mereka untuk lebih mesra dan bersopan dengan pelancong luar.

Susulan itu, anak pemilik restoran tersebut telah memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN