GWGF cadang tubuh parti bertanding PRU15

GWGF cadang tubuh parti bertanding PRU15

ROZALI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) berhasrat me­nubuhkan Parti Keluarga Felda Malaysia (PKFM) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Gabungan Wawasan Ge­nerasi Felda ( GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata, cadangan itu adalah ma­nifestasi ahli-ahli sendiri melalui resolusi yang mahukan GWGF menyertai gelanggang politik.

Katanya, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat exco gabungan itu untuk diperhalusi dan melihat implikasi terhadap landskap politik negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli GWGF peringkat akar umbi telah bersuara secara terbuka supaya ada sebuah parti yang mewakili generasi Felda Satu Malaysia daripada 317 rancangan seluruh negara.

“Kita akan kaji dan te­liti jika perkara ini sama ada boleh mendatangkan faedah terutama kepada seluruh generasi Felda dan tenaga warga buruh di Malaysia,” katanya selepas Mesyuarat Agung Sesi 2021/2021 GWGF di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, kelmarin.

Dalam mesyuarat a­gung tahunan itu tiga resolusi dicapai iaitu antara lain meminta kerajaan menubuhkan Universiti Felda dan mengadakan stesen radio sendiri.

Rozali memberitahu, rasional cadangan ahli gabungan itu ialah masyarakat dan keluarga peneroka khususnya generasi baharu ingin melihat mereka diwakili dengan suara lebih besar lagi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×