Pengedar filem Lightyear batal tayangan,  tidak setuju ubah adegan

Filem Lightyear batal tayangan, pengedar tidak setuju syarat LPF

Pengedar filem Lightyear, The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn. Bhd. tidak setuju syarat Lembaga Penapis Filem. - DISNEY.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Penapis Filem (LPF) memaklumkan, filem animasi Lightyear sudah diluluskan untuk tayangan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya.

Namun, filem itu dibatalkan tayangannya di negara ini atas keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn. Bhd.

LPF menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya telah menonton tapis filem Lightyear itu dan memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lalu. 

“LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan bagi adegan  dan disenyapkan dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia melanggar aspek-aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.

“Walau bagaimanapun, pihak pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan dan membatalkan tayangan itu di negara ini,” katanya. 

Katanya, LPF akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia. 

Jelasnya lagi, LPF juga tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Menurut LPF, pelbagai aspek dipertimbangkan sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan; sosiobudaya dan  ketertiban dan ketatasusilaan.

“Tapisan yang dilakukan itu berdasarkan kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010,” kata kenyataan itu. – UTUSAN.

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya