Dua beranak maut dalam kebakaran di Seputeh - Utusan Malaysia

Dua beranak maut dalam kebakaran di Seputeh

KEADAAN banglo tiga tingkat yang terbakar di Taman Gembira, Seputeh di sini pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran rumah di Taman Gembira, Seputeh di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.22 pagi. 

Jurucakap JBPM berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Pantai, BBP Sri Petaling dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran melibatkan banglo tiga tingkat dan melibatkan empat mangsa. 

“Ketika tiba, kita dapati kebakaran memusnahkan tingkat satu manakala tingkat dua musnah 50 peratus.

“Mangsa yang rentung dipercayai ibu berusia 61 tahun dan anak yang berusia 22 tahun manakala dua lagi cedera akibat melecur,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal pada 6.54 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.12 pagi.

Jelasnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa yang melecur dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya