Dari mana datang sokongan?

Dari mana datang sokongan?

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri jika terbukti mempunyai cukup sokongan 119 ahli Parlimen.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu tidak berlaku.

“Dia ingat DAP akan berikan sokongan kepada Muhyiddin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa Muhyiddin te­lah menghubungi Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) itu dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya menjadi Perdana Menteri semula apabila mengatakan mendapat soko­ngan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Mohd. Shafie mendedahkan dakwaan itu dalam satu Program Bersama Rakyat di Sandakan, Sabah, kelmarin.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau setakat ini tidak menerima maklumat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun katanya, jika dakwaan itu benar, Muhyiddin telah pun membentuk kerajaan dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Daripada mana sokongan 119 ahli Parlimen. Saya pun tidak tahu,” katanya.

Mohd. Shafie dilaporkan berkata Muhyiddin telah membincangkan perkara itu de­ngan Anwar yang didakwa menyokong Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Muhyiddin untuk ‘tekan butang’ jika mempunyai sokongan 119 sokongan ahli Parlimen.

Menurut beliau, sehingga kini belum ada sebarang penafian daripada Perikatan Nasional (PN) setelah berita ini dibongkar oleh Mohd Shafie Apdal.

“Muhyiddin kata ada 119 sokongan ahli Parlimen, dah runding dengan Anwar, Anthony Loke. Jika sudah ada soko­ngan 119 maka tekanlah butang sekarang. Welcome PH 2.0!,” katanya dalam Facebook beliau.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula menegaskan, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk menghentikan permainan politik pihak tertentu sehingga terus meletakkan negara sentiasa berada dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, rakyat buat perhitungan akhir untuk hentikan catur-mencatur dalam kalangan kalangan hanya 221 Ahli Parlimen dan menentukan hala tuju negara dengan memilih mereka yang benar-benar ikhlas mem­bela nasib mereka.

Jelasnya, dakwaan Muhyiddin itu akan menyebabkan negara dibiarkan dalam keadaan ketidakpastian yang akhirnya menjejaskan kehidupan rakyat.

“Negara tidak boleh dibiarkan terus tidak stabil. Mana mungkin ekonomi dapat dipacu jika politik huru-hara. Mana mungkin pelabur dalam dan luar negara punya keyakinan jika kerajaan bakal bertukar lagi.

“Mana mungkin rakyat hidup sejahtera dengan segala kos hidup dan barangan melonjak naik jika Ahli Parlimen berterusan mencatur kuasa, saling mengugut untuk tarik soko­ngan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×