Covid-19: Lembah Klang catat 1,376 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Lembah Klang catat 1,376 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,302 kes berbanding kelmarin, 2,512 kes sekali gus mengatasi 2,539 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 667 kes diikuti Kuala Lumpur (664), Sabah (192), Pulau Pinang (173), Negeri Sembilan (167), Perak (129), Melaka (68), Johor (55) dan Sarawak sebanyak 36 kes.

Diikuti Putrajaya sebanyak 45 kes, Pahang (39), Kedah (24), Terengganu (18), Kelantan (11), Perlis (10) dan Labuan, empat kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 477 orang berbanding kelmarin, 490 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 31 kes, berbanding jumlah semalam, 34 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 18 kes berbanding jumlah kelmarin, 21 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak lapan kluster yang masih aktif dengan    keseluruhan 7,019 kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan tiada kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,745 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,583 kes. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya