CIDB tidak terlibat iktiraf kelulusan KV - Utusan Malaysia

CIDB tidak terlibat iktiraf kelulusan KV

AZMAN YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tidak terlibat dalam mengiktiraf sijil mahupun diploma Kolej Vokasional (KV), sebaliknya menerima sesiapa sahaja yang ada sijil diiktiraf Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pengajian Tinggi.

Anggota Lembaga CIDB, Datuk Azman Yusoff berkata, sebagai badan yang mengawal selia undang-undang, salah laku di tapak pembinaan, keselamatan kesihatan dan kualiti industri pembinaan negara, pihaknya perlu meletakkan beberapa syarat yang wajib dipatuhi.

“CIDB tidak ada kena mengena, siapa yang daftar kita terima. Yang penting sijil itu ada kelulusan dari kementerian dan CIDB tak ada kuasa untuk tolak.

“Kita cuma meletakkan syarat-syarat untuk meningkatkan mutu pembinaan negara demi kebaikan kita. Contohnya minimum syarat untuk dapatkan lesen G1 mesti ada sijil pengajian sama ada dalam bidang mekanikal, tetapi kalau (majikan) tiada, pekerja mesti ada.

“Jadi CIDB tidak ada autoriti untuk mengiktiraf (sijil) mana-mana institusi. Dalam pembinaan, kita cuma badan kawal selia yang jaga undang-undang, salah laku dalam tapak pembinaan, keselamatan kesihatan dan peraturan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan, puluhan ribu graduan KV di negara ini gagal memasuki pasaran pekerjaan terutama dalam sektor pembinaan tempatan kerana diploma yang diterima tidak diiktiraf CIDB.

Kebimbangan tersebut disuarakan Ketua Pegawai Operasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah, Dr. Rozaimi An selepas berlaku kekurangan kritikal tenaga kerja dalam sektor pembinaan ketika ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN