Bakal pesara ATM perlu manfaat program latihan kemahiran - Utusan Malaysia

Bakal pesara ATM perlu manfaat program latihan kemahiran

ABU Hassan Assha'ari Khamis (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus kendalian Perhebat di Kolej Poly Tech Mara, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan menamatkan perkhidmatan atau bersara daripada pasukan itu perlu memanfaatkan sebaik mungkin program latihan peralihan dibawah kendalian Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari Kamis@Shaffiee berkata, kursus selama tiga hingga enam bulan itu menjadi platform buat anggota ATM yang akan bersara untuk mereka menjana pendapatan dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Menurutnya, setiap tahun seramai 5,500 anggota ATM telah menamatkan perkhidmatan dan 75 peratus daripada jumlah itu berumur antara 33 sehingga 42 tahun.

“Daripada itu juga 30 peratus adalah terdiri dari veteran tidak berpencen. Sepanjang tempoh lima bulan tahun ini, seramai 2,927 bakal pesara ATM akan mengikuti program tersebut.

“Kesemua mereka ini akan dipantau selama enam bulan sehingga lima tahun selepas tamat tempoh perkhidmatan mereka,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil Perhebat dan Program Reskilling Upskilling Veteran di Kolej Poly-Tech Mara, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abu Hasan Assha’ari memberitahu, kawalan di sempadan negara terus diperketatkan dalam usaha mengekang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan termasuk laluan ‘tikus’.

Katanya, ia selari dengan pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand di negara ini Jun lalu.

“ATM tidak pernah berkompromi terhadap isu kawalan di sempadan. Kita sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi lain terutamanya polis bagi memperketatkan lagi kawalan.

“Setakat ini, sempadan negara berada dalam keadaan terkawal dan ATM sentiasa bersiap siaga tidak kira masa,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.