39 calon dapat semua A di Perlis - Utusan Malaysia

39 calon dapat semua A di Perlis

NAHARUDEEN Othman (tengah) berbual bersama calon cemerlang SPM 2021 di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Seramai 39 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Perlis memperoleh keputusan cemerlang iaitu A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 34 orang calon tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan negeri, Naharudeen Othman berkata, sebahagian besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada mereka yang menduduki sembilan hingga 12 mata pelajaran. 

Katanya, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini pula merekodkan nilai 4.99 iaitu menunjukkan peningkatan 0.16 berbanding 5.15 pada 2020.

“Pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengikut mata nilai Gred Purata Sekolah (GPS) pada 2021 adalah 5.65 bagi calon bandar manakala calon luar bandar pula mencatatkan nilai 4.79.

“Jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat sebanyak 0.32 mata nilai GPS iaitu 0.86 pada tahun ini berbanding 1.18 pada tahun sebelumnya.

“Namun, pencapaian calon luar bandar menurun sebanyak 0.11 mata GPS kepada 5.65 berbanding 5.54 pada 2020. 

“Ini menunjukkan pengecilan jurang perbezaan antara calon bandar dan luar bandar,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2021 peringkat negeri ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beseri di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 3,597 calon SPM 2021 di seluruh Perlis mendaftar menduduki peperiksaan itu bermula 2 sehingga 29 Mac lalu dan sesi kedua pada 11 hingga 18 Mei lalu.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 calon tidak menduduki peperiksaan. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN