Zuraida di AS tangkis isu Malaysia amal buruh paksa

Zuraida di AS tangkis isu Malaysia amal buruh paksa

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin kini di Amerika Syarikat (AS) bagi menangkis isu buruh paksa yang ditohmah ke atas Malaysia. 

Justeru, beliau berharap lawatan kerjanya di AS selama enam hari yang berakhir esok bakal memberikan hasil positif terhadap imej industri komoditi tempatan daripada tohmahan liar itu.

“Saya juga sudah dan akan mengadakan beberapa lagi mesyuarat penting serta amat yakin resolusi yang baik boleh dicapai dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau merakamkan terima kasih kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan yang mendapat komitmen daripada AS bagi menubuhkan satu jawatankuasa kerja. 

Ia bakal bermesyuarat setiap tiga bulan hasil persetujuan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) serta Jabatan Buruh AS (DOL) bagi membendung isu panas tersebut.

Malaysia setakat ini berjaya menyelesaikan hampir kesemua indikator buruh paksa warga asing yang disenaraikan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) kecuali perhambaan hutang.

Mengulas lanjut, Zuraida optimis bahawa jawatankuasa yang akan dibentuk itu mampu dalam merungkai dakwaan buruh paksa yang konon ada diamalkan syarikat kelapa sawit dan getah.

Kerajaan tegasnya, malahan komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menghapuskan buruh paksa dan buruh kanak-kanak melalui ratifikasi Konvensyen Asas ILO No. 29 dan 182.

Malaysia juga kata Zuraida telah memperakui banyak konvensyen ILO termasuk isu umur minimum dan gaji minimum sebagai panduan kewajipan majikan melindungi hak pekerja asing. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya