Zii Jia lega bangkit diambang kekalahan

Zii Jia lega bangkit diambang kekalahan

LEE Zii Jia yang menduduki ranking No.6 dunia menewaskan Shi Feng dalam aksi tiga set 17-21, 21-11, 23-21 di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh perseorangan badminton profesional negara, Lee Zii Jia mengakui dia lega kerana berjaya bangkit ketika diambang kekalahan untuk menewaskan pemain China, Li Shi Feng pada final Terbuka Thailand, kelmarin.

Zii Jia yang menduduki ranking No.6 dunia ketika ini dipaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Shi Feng dalam aksi tiga set 17-21, 21-11, 23-21 dalam tempoh satu jam 10 minit di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Pada pertembungan itu, Zii Jia dilihat berada di ambang kekalahan pada set penentuan, namun negara yang bergerak secara profesional itu mempamerkan kelasnya yang tersendiri untuk mengejar sebelum mencatatkan kemenangan.

Menurut Zii Jia, Shi Feng memberikan saingan cukup sengit sehinggakan dia berdepan kesukaran untuk menewaskan lawannya itu yang kini menduduki ranking ke-49 dunia.

“Kebangkitan yang menakjubkan dan saya gembira kerana dapat melakukannya. Terima kasih kepada penganjur pertandingan ini serta pasukan saya, Team LZJ yang sentiasa memberi sokongan.

“Kepada teman seperjuangan saya, Li Shi Feng, saya pasti dan yakin bahawa permainan kita berdua amat mengagumkan. Ia menghiburkan semua peminat sukan badminton.

“Kenangan manis ini tak akan saya lupakan ditambah lagi dengan kemenangan pingat emas (memenangi aksi final). Jumpa lagi Thailand pada masa yang akan datang,” katanya Zii Jia di laman sosialnya.

Untuk rekod, pertembungan itu adalah kali kedua antara Zii Jia dengan Shi Feng dengan perlawanan pertama memihak kepada Shi Feng itu pada China Masters 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN