'Tak tolak projek mega tapi perlu ambil kira keperluan asas rakyat' - Anwar - Utusan Malaysia

‘Tak tolak projek mega tapi perlu ambil kira keperluan asas rakyat’ – Anwar

ANWAR Ibrahim menyampaikan hujah dalam program Debat Perdana yang berlansung di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang di sini, malam ini.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak pelaksanaan projek mega sebaliknya harus menitikberatkan keperluan asas rakyat.

Presiden PKR itu menegaskan, segala inisiatif tersebut janganlah sehinggalah membiarkan kadar pengangguran merosot manakala kos sara hidup rakyat meningkat.

Katanya, asas pendidikan dan kesihatan kini yang masih di tahap tidak memuaskan dan patut diberikan keutamaan.

Beliau juga menekankan aspek akauntabiliti dan ketelusan serta meningkatkan keyakinan rakyat.

“Kalau ada kek, janganlah makan seorang. Saya katakan sebelum ini masalah pengurusan, masalah akauntabilti, jangan tekankan rakyat.

“Saya tidak masalah untuk kembalikan GST, tetapi jangan bebankan rakyat. Bermula dengan keyakinan. Tetapi apa guna GST tetapi soal sara hidup meningkat,” katanya dalam Debat Perdana Anwar-Najib di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic).

Terdahulu, Najib menekankan soal ekonomi kapital dan ekonomi rakyat yang merangkumi pembangunan projek untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Justeru itu katanya kerajaan pimpinan beliau sebelum ini mencetuskan GST sebagai ubtuk menampung kewangan negara khususnya pada waktu kecemasan.

“Tetapi pada zaman Pakatan Harapan, hapuskan GST dan jual pelbagai aset sehingga meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN