SPRM kemuka kertas siasatan kes hakim ke Peguam Negara - Utusan Malaysia

SPRM kemuka kertas siasatan kes hakim ke Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, siasatan kes melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd Ghazali, telah selesai.

Dalam satu kenyataan, SPRM memberitahu, siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan.

  • “Sehubungan itu, kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya,” katanya semalam.

Pada 23 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah memulakan siasatan terhadap Hakim Mohd. Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, berikutan laporan yang dibuat berkaitan perkara itu.

Ia susulan blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa Mohd. Nazlan disiasat berhubung terpalit konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Raja Petra, Mohd. Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar berada dalam akaunnya.

Pada 21 April, Mohd. Nazlan membuat laporan polis berhubung satu artikel mendakwa beliau sedang disiasat kerana wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun bank miliknya.

Mohd. Nazlan adalah hakim kes perbicaraan yang mensabitkan kesalahan terhadap Najib berhubung kes SRC International, pada 28 Julai 2020.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.