SOP untuk ibadah korban akan diteliti - Utusan Malaysia

SOP untuk ibadah korban akan diteliti

MOHD. Zawawi Ahmad Mughni ditemui pada Majlis Aidilfitri dan Rapat Mega #KITASEMUAKEADILAN di Dewan Tulip MBSA, Seksyen 32 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk ibadah korban tahun ini akan diteliti selaras peralihan fasa endemik Covid-19 bermula 1 April lalu.

Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, SOP tersebut akan diumumkan setelah semua pihak berbincang pada waktu terdekat.

“Buat masa ini, saya belum berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mewujudkan SOP baharu selaras peralihan pandemik kepada endemik Covid-19.

“Kita akan perhalusi SOP baharu selaras dengan kaedah, adab dan tertib pelaksanaan ibadah korban yang ditetapkan agama Islam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri dan Rapat Mega #KITASEMUAKEADILAN di Dewan Tulip Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 32 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pen­de­dahan Utusan Malaysia ber­hu­­bung status halal rumah pe­­­nyembelihan haiwan di Australia oleh bekas pekerja yang juga sumber utama, Mohd.Zawawi berkata, jika ada pihak ingin membuat laporan kepada pihaknya berhubung perkara tersebut, pihaknya sedia menyiasat.

“Setakat ini, tiada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu mengadu tentang perkara tersebut. Apa pun kita akan berbincang dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk kita memastikan ibadah korban akan dijalankan selaras tuntutan agama Islam,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN