Skuad futsal lelaki negara makan angin di Hanoi?

Skuad futsal lelaki negara makan angin di Hanoi?

APA sudah jadi dengan skuad futsal negara yang gagal mempamerkan persembahan memberangsangkan sepanjang Sukan SEA Vietnam 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persembahan skuad futsal lelaki negara dalam Sukan SEA 2021 ketika ini tanpa sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan begitu mengecewakan.

Kecundang 2-6 pada aksi pembukaan menentang Thailand sebelum dibelasah tuan rumah Vietnam 7-1 dan terbaharu 0-3 di tangan Indonesia memberikan gambaran prestasi skuad bimbingan Chiew Chun Yong itu tidak bermaya.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengkaji sama ada akan melakukan rombakan secara menyeluruh terhadap skuad berkenaan atau sebaliknya hanya akan ditentukan selepas analisis laporan dilakukan.

Tambahnya, FAM akan menganalisis laporan setiap perlawanan skuad futsal lelaki bagi mengenal pasti kelemahan serta kekurangan skuad negara semasa beraksi di Vietnam.

“Terlalu awal untuk saya beritahu, kerana kita kena tunggu juga laporan supaya adil bagi pengurus pasukan, jurulatih dan pemain, untuk sama-sama kita duduk dan membincangkan (sekiranya terdapat kelemahan).

“Analisis ini bagi saya bukanlah suatu yang baharu, seperti mana yang saya maklumkan tadi, kita kena tunggu laporan yang akan dianalisis oleh unit teknikal yang diketuai oleh skuad ordinal,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia meraih pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, manakala ia tidak dipertandingkan pada edisi 2019 di Filipina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×