‘Saya tidak akan tinggalkan politik’

‘Saya tidak akan tinggalkan politik’

P. Kasthuriraani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Kawan dari DAP, P. Kasthuriraani tidak akan meninggalkan kerjaya politiknya jauh sekali berhijrah ke luar negara selepas berkahwin dengan warga Perancis, Alain Morvan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau mahu terus berbakti dan bekerja untuk seluruh rakyat di kawasan Parlimennya dan parti selagi khidmat diperlukan.

“Sudah tentulah ia (ikut suami pulang) ada dalam perbincangan tetapi itu lebih kepada keputusan peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, kami ma­sing-masing komited terhadap kerja yang kami lakukan, saya dalam politik dan suami pula aktivis dan bekas wartawan.

“Suami juga memberi sokongan penuh kepada sa­ya malah dia ambil tahu isu-isu semasa di Malaysia dan penglibatan saya sebagai ahli Parlimen. Esok suami akan pulang ke Perancis dan meneruskan kerjanya, saya pula sambung kerja di sini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jumaat lalu, Kasthuriraani berkahwin dengan Alain dengan melafazkan ikrar di hadapan pendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dengan dihadiri kira-kira 30 tetamu termasuk ahli keluarganya.

Majlis itu turut dihadiri bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Duta Perancis ke Malaysia, Rolan Galharague.

Mengulas lanjut, Kasthuriraani berkata, suaminya merupakan bekas wartawan daripada beberapa syarikat media antarabangsa serta aktivis hak asasi manusia dan alam sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×