RTS kurangkan 35 peratus kesesakan di Tambak Johor

RTS kurangkan 35 peratus kesesakan di Tambak Johor

rts
MOHD. Zarif Hashim memberi penerangan tentang perkembangan pelaksanaan projek RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura di Skyscape, Menara JLand, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands di Singapura dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor sehingga 35 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Projek Transit Aliran Massa Sdn. Bhd. (MRT), Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, pelaksanaan projek RTS itu kini mengikut jadual dan dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2027.

Menurut beliau, urusan pengambilan tanah di Wadihana untuk pelaksanaan projek berkenaan sudah diselesaikan Disember tahun lalu di mana tahap kemajuan projek ketika ini adalah 15 peratus.

“Apabila projek ini siap dan beroperasi sepenuhnya, ia akan digunakan seramai 350,000 pengunjung setiap hari dan mampu mengurangkan sehingga 35 peratus kesesakan jalan raya di sempadan Malaysia – Singapura ini.

10,000 PENUMPANG

“RTS ini mampu menampung sehingga seramai 10,000 penumpang setiap jam melalui stesen di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands di Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan sekumpulan penuntut dari Wharton School, University of Pennsylvania ke projek RTS di Skyscape, Menara JLand, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zarif, pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan juga Kementerian Kesihatan untuk memastikan perjalanannya lancar.

“Penumpang perkhidmatan ini dijangka hanya perlu menunggu selama 15 minit untuk setiap perjalanan yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Buat masa ini, kita masih belum membuat keputusan berhubung harga tambang perkhidmatan yang akan dikenakan namun ianya dijangka tidak membebankan kerana projek ini merupakan satu bentuk pengangkutan awam,” ujarnya.

Mohd. Zarif memaklumkan, RTS akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor ekonomi negara khususnya Johor Bahru dalam membantu pembangunan dan pertumbuhan bandar raya ini.

“Antara sektor yang akan menerima manfaat secara langsung termasuklah kesihatan, pengajian tinggi dan juga perkhidmatan.

“MRT Corp juga sedang menjalankan satu kajian berhubung sistem penyuraian trafik di kawasan pusat bandar raya Johor Bahru dan akan menyerahkan hasilnya kepada kerajaan dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk pertimbangan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya