Remaja bunuh bayi dibenarkan jamin - Utusan Malaysia

Remaja bunuh bayi dibenarkan jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan remaja yang didakwa membunuh bayinya yang baru lahir dibenarkan untuk dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Yaacob Sam sebulat suara memutuskan demikian selepas terdapat keadaan khas yang membolehkan jamin diberikan kepada remaja berusia 15 tahun itu.

“Keputusan ini adalah sebulat suara. Mahkamah mendapati terdapat keadaan khas untuk jaminan diberikan kepada kanak-kanak. Permohonan untuk kanak-kanak dijamin dibenarkan dengan beberapa syarat,” kata Hakim Yaacob.

Syarat-syarat yang dikenakan ialah remaja dan penjaminnya perlu melaporkan diri sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan sehingga kes selesai.

Remaja dan penjamin itu juga perlu hadir ke setiap tarikh kes ditetapkan kecuali kehadiran mereka dikecualikan.

“Kanak-kanak juga dilarang untuk dibawa keluar dari Malaysia kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar pertuduhan tersebut.

“Jaminan berkuat kuasa daripada tarikh kanak-kanak dibebaskan daripada pemerhatian Hospital Permai, Tampoi, Johor,”kata hakim itu.

Pada 8 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan remaja terbabit untuk dibebaskan dengan jaminan atas alasan Mahkamah Majistret tidak melakukan kesilapan ketika tidak membenarkan ikat jamin diberikan terhadap remaja berumur 15 tahun itu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani bagaimanapun membenarkan permohonan supaya remaja itu menjalani penilaian psikiatri di hospital.

Pada 15 Februari lalu, remaja terbabit didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian bayinya yang dilahirkan di sebuah rumah di Kemaman di antara pukul 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lalu.

Pertuduhan terhadap remaja itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya