KOTA BHARU: Polis Kelantan memperketat dan meningkatkan kawalan di negeri ini yang bersempadan dengan Thailand, berikutan insiden letupan bom dan tembakan pada malam Rabu lalu. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya yakin dengan kekuatan anggota pasukan keselamatan yang ditempatkan itu dapat membendung sebarang kegiatan yang tidak diingini seberapa segera. “Malah kita juga mempunyai pasukan agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia negeri…