Pesaka buat rombakan selepas gagal capai sasaran

Pesaka buat rombakan selepas gagal capai sasaran

Pemenang pingat emas, Muhammad Khairi Adib Azhar (kiri) beraksi menentang lawan dari Indonesia, Khoirudin Mustakim pada pusingan akhir acara Silat Tanding Sukan SEA Vietnam 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Rombakan akan dibuat, itu janji Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin selepas menyaksikan skuad silat negara gagal mencapai sasaran pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021.

Tidak dinafikan kegagalan skuad silat negara yang hanya meraih dua pingat emas daripada tiga sasaran awal pada temasya dwitahunan tersebut sedikit sebanyak menggusarkan terutama ketika mereka dalam persiapan ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 bakal dilangsungkan di Melaka dari 21 hingga 29 Julai nanti.

Justeru, Megat mengakui bahawa akan berlaku perubahan besar termasuk dalam bidang kejurulatihan sejurus mereka selesai menjalani ‘bedah siasat’ terutama mengenai pencapaian serta prestasi atlet negara di Hanoi.

“Memang ada perubahan dan sudah siap segalanya. Jadi akan ada perubahan dan kita akan buat rombakan dan besar juga lah.

“Kita faham benda ini masih baru terutama peraturan. Jurulatih juga tak mahir lagi dengan peraturan baru ini di mana dia boleh buat bantahan ataupun tidak.

“Jadi kita kena tengok balik secara keseluruhan dan buat masa ini kita tidak mahu salahkan sesiapa,” katanya ketika ditemui semalam.

Pesilat negara menutup saingan di Hanoi dengan kutipan pingat keseluruhan dengan dua emas, tiga perak dan sembilan gangsa.

Pada saingan itu, dua pingat emas berjaya diperolehi menerusi Mohd. Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga dalam acara acara seni ganda putra.

Manakala, emas kedua berjaya disumbangkan atlet berusia 20 tahun, Muhammad Khairi Adib Azhar sejurus menumbangkan seteru dari Indonesia, Khoirudin Mustakim dalam kelas B Lelaki (50 hingga 55kg)

Pencapaian pesilat muda sekali gus meneruskan legasi bapanya, Azhar Ahmad yang memenangi pingat emas pada edisi 2001 di Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN