fbpx

Penamat sempurna di Sukan SEA Hanoi

AHMAD Nor Iman Aliff (kanan) mengasak Huynh Hoang Phi dalam pertarungan 54kg muay thai di Bacninh Gymnasium, semalam.

PETALING JAYA: Kontinjen Malaysia menambah dua lagi pingat emas dalam temasya Sukan SEA Vietnam semalam menerusi beregu campuran badminton dan juga muay thai lelaki 54 kilogram (kg).

Emas beregu campuran hadir menerusi gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang mencipta kejutan menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 di pentas final.

Sementara itu, emas ke-39 skuad kontinjen negara hadir menerusi Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang menewaskan peserta tuan rumah 3-0 di pentas final.

Empat pingat perak pula diraih oleh Pan Ron dan Yee See dalam acara badminton serta atlet snuker negara, Lim Kok Leong manakala dua lagi pingat perak disumbangkan skuad berbasikal wanita negara dalam acara lebuh raya individu dan berpasukan wanita.

Nur Aisyah Zubir terlepas emas individu daripada pelumba Vietnam, Nguyen Thi That yang memenangi perlumbaan sejauh 88.5km itu dalam masa dua jam 13 minit dan 15 saat (s) dengan pelumba Indonesia, Delia Ayustina Priatna meraih pingat gangsa.

Malaysia turut meraih perak dalam kategori berpasukan dengan gabungan masa 6:42:15s.

Pelumba lain dalam pasukan itu ialah Siti Nur Adibah Akma, Nur Aisyah Munirah Chek Ramli dan Ju Pha Som Net.

Selepas aksi mengecewakan daripada skuad Piala Thomas dan Piala Uber baru-baru ini, peminat sukan badminton boleh mengukir senyuman apabila pasangan beregu campuran negara menghadiahkan pingat emas di temasya Sukan SEA Viet­nam.

Pingat emas itu hadir menerusi gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang mencipta kejutan menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 yang merupakan pilihan kedua di pentas final di Gimnasium Bac Giang.

Di peringkat separuh akhir kelmarin, gandingan Tang Jie dan Yei Wei juga mencipta kejutan terbesar bagi acara beregu campuran apabila menumpaskan pilihan utama dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 20-22 21-13 21-18

Lebih manis, pingat emas ke-38 Malaysia di Sukan SEA Vietnam itu merupakan emas pertama negara dalam tempoh 23 tahun dalam acara berkenaan selepas kali terakhir menjuarai acara berkenaan pada 1999 iaitu ketika Sukan SEA Brunei.

Malaysia turut meraih perak dalam kategori berpasukan dengan gabungan masa 6:42:15s. Pelumba lain dalam pasukan itu ialah Siti Nur Adibah Akma, Nur Aisyah Munirah Chek Ramli dan Ju Pha Som Net. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!