PUTRAJAYA: Bukan sahaja pemandu, pemilik kenderaan turut berdepan tindakan tegas sekiranya membenarkan individu tidak cukup umur dan tidak memiliki lesen, memandu kenderaan mereka. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan terhadap pemilik kenderaan itu adalah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Dalam kes ini kecuaian dan kalau sebabkan kecederaan mana-mana pihak, sesiapa yang disabitkan kesalahan ini boleh diambil tindakan keras,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari…