Pelajar tingkatan lima maut kemalangan dengan lori - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan lima maut kemalangan dengan lori

SEORANG pelajar tingkatan lima yang menunggang motosikal, maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang empat lampu isyarat Jalan Tunku Kursiah berhampiran Kem  Sikamat, Seremban pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang empat lampu isyarat di Jalan Tunku Kursiah, berhampiran Kem Sikamat di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd Redza tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggang oleh mangsa berusia 17 tahun itu sedang bergerak terus dari arah Seremban menuju ke arah Sikamat. 

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki telah mengabaikan lampu isyarat berwarna merah sebelum melanggar bahagian kanan sebuah lori Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Nanda, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya