Najib lulus pelantikan pengarah tanpa persetujuan BOD - Utusan Malaysia

Najib lulus pelantikan pengarah tanpa persetujuan BOD

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat beberapa urusan yang diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) syarikat itu.

Malah, Goh Gaik Kim menyatakan beliau pernah menerima sehelai kertas berwarna kuning dengan kepala surat Pejabat Perdana Menteri mengenai kelulusan pelantikan pengarah sedangkan tiada sebarang mesyuarat mengenainya diadakan.

Tambahnya, surat itu diserahkan sendiri oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi kepadanya.

Saksi pendakwaan ke-17 itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed bahawa tindakan Najib itu adalah sejajar dengan kuasa yang diberikan Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A) 1MDB kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Gaik Kim berkata demikian ketika pemeriksaan balas dalam perbicaraan kes Najib, 68, didakwa atas 25 pertuduhan membabitkan pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Terdahulu, ketika memulakan sesi soal balas, Wan Aizuddin dilihat sempat `jual minyak’ terhadap wanita.

Wan Aizuddin: Awak sedar yang awak telah mengangkat sumpah untuk memberitahu perkara yang benar.

Gaik Kim: Ya.

Wan Aizuddin: Jadi kenapa awak berani datang mahkamah, beritahu awak berusia 54 tahun sedangkan awak kelihatan tidak lebih daripada 30 tahun?

Gaik Kim: (Gelak)

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya