Motosikal 150cc ke atas wajib ada ABS

Motosikal 150cc ke atas wajib ada ABS

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan akan mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci (ABS) bagi pengeluaran motosikal baharu dengan enjin bersesaran 150cc ke atas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penambahan sistem keselamatan itu bagaimanapun akan dikuatkuasakan selepas kajian terperinci dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Katanya, kajian itu akan dimulakan tahun ini dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan, sebelum penguatkuasaan ABS dapat dilaksanakan dua tahun selepas tarikh dapatan data.

“Tempoh masa sama akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada bagi mewajibkan pemasangan ABS.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan satu kerjasama bersama Miros untuk melaksanakan satu kajian terperinci ke arah mewajibkan pemasangan ABS bagi enjin bersesaran 150cc dan ke atas.

“Kajian ini akan melibatkan semua pemegang taruh daripada pembuat motosikal dan wakil pengguna sebelum dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Miros di Makmal Pelanggaran PC3 di Ayer Molek di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemasangan ABS merupakan salah satu usaha kerajaan mengurangkan kes kemalangan maut, di mana 60 peratus daripadanya membabitkan penunggang motosikal. 

“Mengikut data, lebih 60 peratus daripada 6,000 kematian kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan penunggang motosikal dan peratusan ini tidak pernah menurun sejak sedekad lalu. 

“Sistem brek yang kurang efektif adalah salah satu faktor kemalangan ini berlaku dan kerana itulah kita mencari penyelesaian dengan kajian ABS kerana ia mempunyai teknologi anti gelincir,” ujarnya. 

Tambah Ka Siong, kajian awal Miros menunjukkan penggunaan ABS mampu mengurangkan risiko kemalangan sebanyak 30 peratus. –UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya