Mohd. Azim Abdul Aziz bukan kakitangan SKMM, hati-hati jangan terpedaya - Utusan Malaysia

Mohd. Azim Abdul Aziz bukan kakitangan SKMM, hati-hati jangan terpedaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  mengingatkan orang ramai berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai agensi itu dan mendakwa orang yang dihubunginya telah melakukan kesalahan. 

Peringatan daripada SKMM ini susulan seorang pengadu telah dihubungi individu bernama Mohd. Azim Abdul Aziz yang memaklumkan bahawa talian telefon pengadu telah menghantar pautan-pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan. 

“Justeru, pengadu tersebut dikehendaki membuat aduan dalam tempoh 30 minit dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian boleh menyebabkan talian telefon pengadu disekat dan disenarai hitam oleh pihak penyedia perkhidmatan.

“Adalah dimaklumkan bahawa individu yang dimaksudkan iaitu Mohd. Azim Abdul Aziz bukan kakitangan SKMM dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak suruhanjaya,” menurut peringatan tegas SKMM di sini hari ini.

 Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan SKMM lazimnya mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang atau menerusi platform media sosial suruhanjaya ini dan bukannya menggunakan nama individu, penggunaan bahasa yang meragukan serta nombor telefon bimbit persendirian. 

“Sehubungan itu, SKMM menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali. 

 “Pada masa sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya