Mansuh GST kerajaan tak mampu tampung subsidi makanan - Utusan Malaysia

Mansuh GST kerajaan tak mampu tampung subsidi makanan

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Tindakan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyebabkan kerajaan tidak mampu menampung pemberian subsidi bahan makanan kepada golongan sasar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akibat pemansuhan cukai itu, kerajaan kehilangan lebih RM30 bilion setahun yang boleh dimanfaatkan sebagai peruntukan untuk subsidi berkenaan.

“Saya sudah buat hantaran tentang isu ini sejak tahun lepas lagi dan meramalkan kos barang makanan naik dan ada beberapa langkah yang boleh dibuat.

“Kita kena faham, punca kemampuan negara sudah berkurangan amat sangat apabila GST dihapuskan kerajaan PH,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Marang di Pulau Kerengga di sini, hari ini.

Isu kenaikan harga barangan yang melambung tinggi meresahkan pengguna termasuk kos ayam yang mencecah sehingga RM14 sekilogram.

Terdahulu, Kabinet memutuskan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan langkah jangka pendek dan memandang serius terhadap isu peningkatan harga di samping bekalan ayam semasa yang menghimpit seluruh rakyat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya