PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji isi kandungan Perjanjian Pandemik Antarabangsa sebelum mempertimbangkan langkah menyertai negara-negara lain bagi mengelak ‘terjerat’ sehingga terpaksa menggadai kedaulatan kepada kuasa luar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, bagi urusan menandatangani piagam atau perjanjian yang kompleks, kerajaan perlu mendapatkan maklum balas pelbagai pihak bagi memastikan usaha meratifikasinya tidak menjejaskan kedaulatan negara. “Kesedaran perlu dibangkitkan kepada pentadbir dan orang awam akan kesan perjanjian tersebut. Kalau ada komentar…










