Malaysia kutuk pelampau Israel ceroboh Al-Aqsa

Malaysia kutuk pelampau Israel ceroboh Al-Aqsa

rejim israel
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh kumpulan pelampau rejim Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, insiden yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah provokasi dan pelanggaran jelas.

“Serbuan terbaharu ini sememangnya merupakan tindakan pencerobohan oleh rejim penjajah yang akan menyemarakkan lagi api permusuhan di dalam dan luar rantau tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera menuntut rejim Zionis menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi menjamin keamanan dan kestabilan.

Pada masa sama ujar Wisma Putra, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan menegaskan lagi status premis Al-Quds al-Syarif sebagai tapak suci umat Islam sejagat.

Malaysia juga sentiasa menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi bersama Palestin dan perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel.

Ketegasan ini katanya, selaras bagi merealisasikan aspirasi sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Kelmarin, media antarabangsa melaporkan puluhan ribu penduduk Yahudi bertindak ganas mengibarkan bendera Israel dan melaungkan slogan biadab ketika berarak di Kota Lama.

Perarakan tahunan itu didakwa konon bagi meraikan penawanan Israel terhadap Baitulmaqdis dalam Perang Asia Barat pada 1967 dengan mereka diiringi pasukan keselamatan rejim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.