KUALA LUMPUR: Kempen Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dimasukkan dengan elemen perdebatan seperti Debat Perdana yang berlangsung malam ini bagi memastikan ideologi dan matlamat perjuangan dapat sampai secara terus kepada rakyat
Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program perdebatan perlu diteruskan pada masa akan datang.
“Suasana perbahasan begini lebih besar, ini adalah satu permulaan kempen pilihan raya dan kempen pilihan raya perlu ada seperti ini.
“Dengan ini program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang,” katanya selepas tamat program debat perdana.
Program debat tersebut melibatkan beliau dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) pada malam ini. –UTUSAN ONLINE










