Kampung Baru: Pindah penduduk perlu lebih teratur - Utusan Malaysia

Kampung Baru: Pindah penduduk perlu lebih teratur

Johari Abdul Ghani beramah mesra dengan pengunjung sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 Perbadanan Pembangunan Kampung Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. - MINGGUAN/AFIQ RAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perancangan perpindahan penduduk Kampung Baru, di sini bagi tujuan pembangunan perlu dilakukan dengan lebih teratur.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia mengambil kira lokasi penempatan sementara yang perlu disediakan sebagai kemudahan kepada mereka.

“Majoriti tuan tanah minta mahu buat pembangunan. Tetapi apabila mahu buat, kena pastikan tidak terkeluar dari Kampung Baru. Jadi, mana-mana pemaju yang datang nak buat pembangunan di sesuatu kawasan, mereka perlu selesaikan masalah penduduk. Mana nak tinggal, sementara nak tunggu pembangunan ini siap.

“Kalau saya pemaju, nak bagi duit tak cukup, macam mana nak pindah sementara?” soalnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Kampung Baru anjuran Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Titiwangsa, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Titiwangsa dan Yayasan Bena Nusa di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Hampir 4,000 pengunjung semua lapisan masyarakat menghadiri majlis itu yang bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Sementara itu, Johari berkata, beliau menggunakan kesempatan hari terbuka Aidilfitri berkenaan untuk bertemu dengan masyarakat khususnya dalam Parlimen Titiwangsa.

“Saya buat majlis ini bersama empat pihak untuk semua penduduk berkumpul khususnya di Parlimen Titiwangsa. Kita panggil semua masyarakat, kita guna kawasan lapang ini untuk jumpa orang,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN