Jelajah KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia anjuran KPN akan dilaksana - Utusan Malaysia

Jelajah KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia anjuran KPN akan dilaksana

HALIMAH Mohamed Sadique (duduk, empat kiri) bersama penyokong Harimau Muda hadir menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir dalam Sukan Sea Ke-31 diantara Malaysia menenteng Vietnam menerusi skrin gergasi di Restoran Hakim Seksyen 7, di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan kempen Jelajah KAMI@Pelan Perpaduan Negara yang menjelajah seluruh negara tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, misi jelajah tersebut adalah bagi menyemarak semangat perpaduan dan mengukuh hubungan antara kaum di negara ini.

“Kita mahu hubungan sesama kaum di negara ini lebih diperkukuhkan kerana mahu kelestarian di negara ini terus wujud. Saya sendiri akan turun jelajah ini di beberapa buah negeri

“Kita nak kumpul seramai mungkin rakyat Malaysia melakukan aktiviti yang dijalankan dalam jelajah ini. Saya harap apabila jelajah ini tiba di sesebuah lokasi, ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum turut serta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Jom Tengok Bola, Uniti Bersama Harimau Muda’ di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini, malam tadi.

Lebih 300 penyokong Harimau Muda ‘menyerbu’ restoran berkenaan bagi menonton perlawanan bola sepak separuh Sukan SEA ke-31 di antara Malaysia dengan Vietnam pada skrin layar.

Pengunjung dilihat mula memenuhi meja makan sejak pukul 7.30 malam untuk menyaksikan perlawanan menerusi dua buah skrin gergasi yang disediakan di bahagian dalam dan luar restoran.

Menurut Halimah, kemeriahan menonton perlawanan bola sepak sememangnya ditunggu peminat sukan itu, selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik Covid-19. 

“Bola sepak dan pertandingan sukan lain sentiasa menyatukan seluruh kaum di negara ini, tidak kira pasukan kita kalah atau menang dan diharapkan suasana seperti ini dapat diteruskan, sekali gus menunjukkan keharmonian antara kaum di negara ini. 

“Insya-Allah, kementerian akan menganjurkan program seperti ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Perlawanan berlangsung sehingga masa tambahan, dengan Vietnam memenangi perlawanan dengan jaringan 1-0. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya