Gunners kempunan lagi ke Liga Juara-Juara

Gunners kempunan lagi ke Liga Juara-Juara

Pemain tengah Bruno Guimares (tengah) meledak gol kedua Newcastle ketika menewaskan Arsenal 2-0 di St. James Park, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengecam anak-anak buahnya selepas mensia-siakan usaha sepanjang tahun apabila tewas 0-2 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St. James’ Park semalam.

Kekalahan berkenaan berpotensi untuk menyaksikan Gunners terlepas peluang ke Liga Juara-Juara buat enam musim berturut-turut dengan Tottenham kekal dua mata di atas pencabar utara London itu di tangga keempat Liga Perdana.

Spurs kini hanya memerlukan keputusan seri apabila berdepan pasukan yang sudah tersingkir, Norwich pada Ahad ini untuk mengesahkan kedudukan empat teratas ditambah perbezaan gol yang lebih memihak kepada pasukan bimbingan Antonio Conte itu.

Kekalahan Arsenal menerusi jaringan sendiri Ben White dan gol lewat permainan Bruno Guimaraes juga mengesahkan tempat ketiga milik Chelsea yang akan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam perlawanan berkenaan, persembahan The Magpies lebih menyerlah ketika skuad Eddie Howe itu menghantar mesej bahawa mereka boleh mencabar untuk kedudukan empat teratas musim depan.

“Malam yang sukar untuk ditelan, Newcastle berhak menang dengan selesa. Mereka jauh lebih baik daripada minit pertama, kami tiada peluang dalam perlawanan.

“Mereka jauh lebih baik daripada kami dalam semua diperlukan perlawanan bola sepak. Kami tidak mampu melawan malam ini,” kata Arteta.

Sebelum ini, skuad Arteta berada di kedudukan keempat Liga Perdana dengan berbaki tiga perlawanan apabila mereka mendahului Spurs dengan tiga mata.

Namun, kemenangan 3-0 Tottenham pada Khamis memberikan tekanan terhadap pasukan muda Gunners yang gagal membalas.

“Newcastle 10 kali lebih baik daripada kami dan persembahan kami jauh daripada sepatutnya kami persembahkan untuk bermain dalam Liga Juara-Juara. Kami tidak be ada dalam perlumbaan sekarang,” jelas Arteta.

Hanya Manchester City dan Liverpool menang lebih banyak mata dalam Liga Perdana berbanding Magpies pada 2022 sejak mereka melabur wang milik Arab Saudi dalam pasaran perpindahan.

Lebih banyak pemain mahal dijangka tiba di St. James’ Park selepas ini, namun pendekatan berjimat Arsenal dalam pasaran perpindahan mungkin sekali lagi menyebabkan mereka gagal ke Liga Juara-Juara. – AGENSI http://utusan.com.my– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN