Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 berlangsung meriah- Dr Radzi Jidin - Utusan Malaysia

Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 berlangsung meriah- Dr Radzi Jidin

RADZI Jidin mencuba sendiri permainan 'gasing uri' yang menjadi antara tarikan di ruang pameran Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 di UMK Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK : Kementerian Pendidikan (KPM) menyifatkan Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 yang berlangsung selama selama lima hari di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini bermula Khamis lalu sebagai meriah.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kemeriahan itu dapat dirasai apabila warga pendidik, pelajar dan orang ramai menghadiri  FGM yang kali pertama dianjurkan secara besar-besaran selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun serangan Covid-19 dan tidak dapat dianjurkan, saya lihat penganjuran FGM 2022 berjalan dengan baik.

“Situasi itu dapat dilihat semalam apabila kita menerima 600 penyertaan untuk program Kayuhan Ceria Hari Guru. Jumlah itu tidak termasuk mereka yang tidak membuat pendaftaran tetapi berkayuh bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-51 di UMK Bachok di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid 

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Radzi turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2022 kepada Datuk Dr. Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022 kepada Roslan Yatim.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, lebih menggembirakan FGM turut diserikan dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang merupakan manifestasi tanda terima kasih kepada warga pendidik di atas sumbangan bakti yang telah dihulurkan dalam melahirkan modal insan terbaik kepada negara.

Katanya, sumbangan warga pendidik kepada negara tidak terhitung nilai dalam membangunkan modal insan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya